Tn. Haji Abd Aziz Ariffin

Board Of Trustee 

Seorang pesara berumur 65 tahun yang pernah berkhidmat selama 37 tahun 4 bulan dan 27 hari (1.7.68 hingga 27.11.2005) sebagai pegawai polis.   Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP).

Sejak bersara pada 27.11.2005, telah mencebur diri dalam sektor keselamatan dan pendidikan.  Pernah bertugas sebagai Pensyarah Kanan dalam bidang Pengurusan Keselamatan di Kolej Saito Petaling Jaya dan dilantik sebagai Ketua Pengajian Profesional dan Pendidikan Lanjutan di kolej tersebut.   Pernah bertugas sebagai Pengurus Keselamatan Kumpulan (Group Head of Security) Malaysia Land (MAYLAND) Properties Sdn Bhd, yang beribu pejabat di Hong Kong dan melepaskan jawatan tersebut setelah tamat kontrak pada bulan Mac 2014.

Kini mengurus syarikat sendiri Edu Kop Services Sdn Bhd yang bergiat dalam pemberian latihan dan pendidikan dan telah menjalin koloborasi dengan Kolej Unikop milik penuh Koperasi Polis Di Raja Malaysia. Beliau juga adalah pensyarah sambilan di Universiti Terbuka (OUM) Malaysia dan telah dilantik OUM sebagai “Subject Matter Expert” dalam bidang Pengurusan Keselamatan sejak Mei 2010.

Pernah menghadiri beberapa kursus diluar negara di antaranya “staff college” di Indonesia, Pengurusan Kualiiti dan ISO 9000 di Korea Selatan dan ancaman dadah di Amerika Syarikat.  Bergiat cergas dalam Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) sejak 2006 dan kini menganggotai Jawatan Kuasa Kecil Inisiatif Bandar Selamat, Pemilihan Balai Polis Cemerlang, Penyelidikan dan Pengembangan dan Komuniti Selamat. 

Beliau adalah salah seorang daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pengaman Malaysia.

BULETIN YAYASAN PENGAMAN MALAYSIA