Sejarah Penubuhan

Yayasan Pengaman Malaysia telah ditubuhkan pada 12 Mei 2012 melalui penjenaamaan baharu daripada Yayasan Perwira yang telah ditubuhkan sejak 12 Disember 2001.

Mandat Penubuhan

Pengaman telah ditubuhkan dengan matlamat untuk mengurus tadbir urusan kebajikan disamping usaha berterusan dalam mengiktiraf sumbangan mantan dan pesara Polis DiRaja Malaysia. 

Objektif  

Objektif penubuhan Pengaman antaranya termasuklah menjalankan aktiviti penyelidikan dan menyokong usaha kerajaan Malaysia terhadap isu dan agenda keselamatan negara. a.

Kepimpinan

Barisan kepimpinan Pengaman diterajui oleh Ahli Lembaga Pengarah Pemegang Amanah yang dipimpin oleh Pengerusinya, Y.Bhg. Tan Sri Norian Mai dan disokong oleh Penaungnya iaitu Y.Bhg. Tun Hanif Omar.

 

 

Yayasan Pengaman Malaysia adalah sebuah Badan Bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar yang telah ditubuhkan pada 12 Mei 2011 dengan objektif mengukuhkan hubungan dan menyatukan jalinan kerjasama antara mantan pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), pertubuhan kebajikan pesara polis dan pimpinan NGO tempatan.

Misi dan Visi Yayasan Pengaman Malaysia adalah seperti berikut: 

 

VISI

"Menjamin kemakmuran dan kesejahteraan pesara PDRM disamping memelihara keselamatan negara. 

 

MISI

"Memperkasa Ekosistem Keselamatan Negara melalui fokus strategik melestarikan kemakmuran dan kesejahteraan pesara PDRM dan komuniti."

 

OBJEKTIF 

Objektif Yayasan Pengaman Malaysia adalah:

  • Memberikan khidmat sokongan kepada mandat perkhidmatan dan piagam Pengaman. 
  • Melaksanakan kajian dan penyelidikan berhubung isu-isu keselamatan mutakhir.
  • Bertindak sebagai perantara dan sumber rujukan utama dalam isu keselamatan negara. 
  • Memberikan kesedaran dan menyatupadu pesara PDRM dalam usaha menangkis serta menolak isu dan fahaman yang mengugat kesejahteraan dan keselamatan negara. 
  • Memperkukuh dan menpererat hubungan antara pesara PDRM dan kerajaan Malaysia. 
  • Mengutamakan kebajikan pesara PDRM dan ahli keluarga.To prioritize the welfare of the RMP retirees and their families.
  • Memainkan peranan dalam usaha menghargai dan mengiktiraf jasa dan kecemerlangan keperwiraan anggota PDRM.
  • Menjalankan pelbagai aktiviti dan program agar anggota, pesara dan pewaris PDRM  menikmati kesejahteraan kelangsungan penghidupan serta kecemerlangan dalam pendidikan. 

BULETIN YAYASAN PENGAMAN MALAYSIA