Anak & Remaja 

Pengaman mempunyai aktiviti dan program khusus yang direka bentuk untuk golongan kanak-kanak dan remaja untuk memotivasi dan meningkatkan semangat serta menerapkan visi agar golongan ini lebih berjaya dalam kehidupan dan penghidupan mereka. 

Ibu Bapa

Kami juga menjalankan aktiviti berbentuk seminar untuk ahli dan pesara dalam usaha meningkatkan pemahaman dan ilmu keibubapaan dalam usaha membantu ibu bapa da penjaga untuk memberikan apa yang terbaik untuk anak-anak di bawah jagaan mereka. 

Anggota & Pesara

Pengaman juga menganjurkan pelbagai program untuk manfaat ahli dan anggota PDRM termasuklah ahli perseorangan dan pesara dalam usaha persediaan dalam menghadapi cabaran kehidupan dan tribulasi dan cara atau teknik untuk menyesuaikan diri dalam apa jua situasi dan cabaran. 

Lain-lain

Pengaman juga turut terlibat dalam merangka dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti termasuk tetapi tidak terhad kepada aktiviti kebajikan, kemanusiaan, penyelidikan dan pembangunan serta khidmat perundingan dan lain-lain. 



 PROGRAM KAMI

One of Yayasan Pengaman Malaysia's major initiative is to hold various programs throughout year, targeting various age segments of the community,  which are designed to assist and support the target segment to achieve their immediate and long term objectives.  Some of the programs are as follows;

1. 'Dekad Kecemerlangan Anak-Anak Polis' (DAKAP) 

Program khusus untuk anak-anak pesara dan ahli Pengaman berumur antara 7 hingga 12 tahun. bjektif utama untuk membimbing dan memotivasi minda yang positif terhadap kepentingan pendidikan dan menyediakan anak-anak dalam menghadapi peperiksaan penting seperti UPSR, PT3 dan SPM.

 

2. 'Anak Remaja Berwawasan' (AKRAB) 

Program yang direka bentuk untuk remaja dalam menerapkan semangat dalam usaha melahirkan remaja yang mempunyai visi dan misi dalam meneruskan kelangsungan hidup dalam apa jua bidang yang diceburi seterusnya merealisasikan visi pembangunan dan kelestarian pembangunan negara. 

 

 

3. 'Kursus Peralihan Bakal-Bakal Pesara PDRM' 

Program yang didedikasikan kepada bakal pesara dalam usaha persediaan persaraan termasuklah khidmat perunding aktiviti serta peluang pekerjaan dan perniagaan selepas persaraan. 

 

 

4. 'Seminar Keibubapaan Cemerlang' 

Aktiviti berbentuk seminar yang dianjurkan dengan matlamat untuk memperkasa pemahaman berhubung aspek keibubapaan agar ahli dan pesara PDRM menjadi ibu bapa yang terbaik dalam usaha membentuk anak-anak di bawah jagaan mereka dengan lebih cemerlang.

 

 

 

Sila hubungi Yayasan Pengaman Malaysia melallui email ke  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk sebarang pertanyaan lanjut berhubung program / aktiviti yang dijalankan. 

 

 

 

BULETIN YAYASAN PENGAMAN MALAYSIA