Tan Sri Samshuri Arshad

Ahli Lembaga Pemegang Amanah 

Dilahirkan di Mersing Johor 5 Mei 1942. Menyertai PDRM pada 01.11.1962, beliau juga telah berkhidmat selama 35 tahun dan bersara wajib pada 5 Mei 1997. Beliau mempunyai 4 orang cahaya mata da hobi kegemaran beliau adalah bermain golf. Jawatan penting yang disandang beliau adalah :

1. Komandan Maktab PDRM.

2. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Perak.

3. Timbalan Pengarah Latihan PDRM.

4. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM.

5. Ketua Polis Selangor.

6. Ketua Polis Perak.

7. Ketua Polis Sabah.

8. Pengarah Pengurusan PDRM.

9. Timbalan Ketua Polis Negara PDRM.

Beliau telah mengikuti kursus kepolisan di Autralia, Jepun, Korea Selatan, Universiti Cambridge United Kingdom, Royal College Defense Studies United Kingdom, AMP Universiti Harvard Amerika Syarikat, Nadwah Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Bahasa Arab Universiti Islam Antara Bangsa Malaysia.

BULETIN YAYASAN PENGAMAN MALAYSIA