Tan Sri Hussin Hj Ismail

Timbalan Pengerusi

 

Yang Berbahagia Tan Sri Hussin Hj. Ismail merupakan mantan Timbalan Ketua Polis Negara. Kecemerlangan perkhidmatan beliau bersandarkan pengalaman selama 39 tahun bersama Polis DiRaja Malaysia merangkumi perkhidmatan di  Unit Tindakan Khas dan lain-lain peringkat perkhidmatan termasuklah perlantikan sebagai diplomat ke Moscow, Rusia.

Beliau juga berpengalaman berkhidmat di pelbagai peringkat perkhidmatan baik di negeri mahupun daerah serta pernah ditugaskan sebagai Ketua Polis Negeri Terengganu dan Johor. Kecemerlangan dalam perkhidmatan di peringkat pengurusan mengangkat beliau sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negara dan Ketenteraman Awam sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Beliau juga memegang beberapa jawatan di sektor korporat sebagai Pengerusi JAKs Resources Berhad, Pengarah of Tecnic Berhad dan beberapa syarikat berhad.

Pada masa yang sama,  beliau juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Polis.

BULETIN YAYASAN PENGAMAN MALAYSIA