Tan Sri Norian Mai

Pengerusi 

Tan Sri Norian Mai (dilahirkan 5 November  1946) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia keenam dan berkhidmat dari 8 Julai 1999 sehingga persaraanya pada 5 November 2003.

Dilahirkan di Hilir Perak, Beliau menceburkan diri dalam pasukan polis sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis pada 8 November 1969. Pada 31 Disember 1984, beliau dilantik menjadi Ketua Polis Terengganu dan kemudian pada 31 Disember 1992, beliau dilantik pula menjadi Ketua Polis Selangor.

Beliau menjadi Timbalan Ketua Polis Negara pada 6 Julai 1997. Pada 8 Januari 1999,beliau menjadi Ketua Polis Negara selepas YgBhg Tan Sri Rahim Noor.

Tan Sri Norian Mai adalah Pengasas Yayasan Pengaman Malaysia dan adalah Pengerusi Yayasan sehingga kini.

BULETIN YAYASAN PENGAMAN MALAYSIA