Prof. Emeritus Dato' Dr. Sulaiman Md YassinBoard Of TrusteesProfessor Emeritus Dato’ Dr. Sulaiman Md. Yassin merupakan fellow penyelidik kanan di Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia sejak 2009. Jawatan terakhir beliau adalah Naib Canselor, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Professor Adjung di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Dekan Jabatan Pasca Siswazah, Pengarah Perkembangan Pembelajaran Berterusan dan Timbalan Naib Canselor di UPM dan UMS melangkau tempoh perkhidmatan melebihi 35 tahun sebelum bersara pada April 2009. Graduan Doktor Falsafah dari Cornell dalam tahun 1980. Beliau juga merupakan Fulbright Scholar pada 1986. Sepanjang 3 dekad, beliau juga terbabit dalam pelbagai program peringkat tempatan dan antarabangsa di bawah pembiayaan Bank Dunia, Fellow Kanan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Sekretariat ASEAN, KOnsul Pentadbir Masjid Sedunia, IAFA, CIRDAP dan juga Kerajaan Malaysia. Beliau juga berpengalaman sebagai Konsultan jangka pendek di 16 buah negara. Beliau juga berpengalaman sebagai Koordinator Antara Negara dalam membentuk Program Modular ASEAN di bawah tajaan kerajaan Australia dan ASEAN. Kecenderungan penyelidikan beliau kini termasuklah kajian berhubung pengukuran kualiti hidup dan kesejahteraan kehidupan, kemampanan kehidupan dan indeks kebahagiaan. Beliau masih lagi kekal memegang jawatan Pemegang Amanah kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (Poverty Eradication Foundation) sejak 1995 dan juga Pemegang Amanah kepada Yayasan Alumni Amerika-Malaysia dan Yayasan Pengaman Malaysia (Malaysian Peace Foundation).
|
![]() |














