Diplomat (B) Dato' Mohamed Redzuan KhusairiAhli Lembaga Pemegang AmanahYang Berbahagian Diplomat (B) Dato' Mohamed Redzuan Khusairi dioutrakan pada 12 September 1949 di Taiping, Perak Darul Ridzuan telah berkhidmat dan menjawat pelbagai jawatan sebagai duta dan diplomat negara dari tahun 1972 hingga 1996. Jawatan terakhir beliau sebagai diplomat negara adalah sebagai Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan (juga sebagai duta untuk Republik Kyrgyz) dan telah ditugaskan ke Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) pada 1994. Kecemerlangan perkhidmatan beliau termasuklah pernah menjawat beberapa jawatan tertinggi yang lain seperti Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Uited Kingdom, Pesuruhjaya ke Ethiopia, Setiausaha Kehormat/Pengerusi Chancery ke Washington D.C. juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Kedua ke Moscow, Rusia. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Khas kepada Kementerian Luar Negeri termasuk kepada mantan Menteri Luar Negeri, Allahyarham Tan Sri Ghazali Shafie dan Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen. Dato' Mohamed Redzuan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya dalam pengkhususan Perhubungan Antarabangsa dan Sejarah. Beliau juga mempunyai ijazah Bahasa Rusia dari Moscow State University. Beliau juga menyandang beberapa jawatan penting termasuklah: 1. Timbalan Pengerusi, Kumpulan Penggubal Dasar Antarabangsa. 2. Timbalan Setiausaha Kehormat, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Malaysia. 3. Penasihat kepada Kumpulan Markmore. 4. Pengerusi eVera Solutions. 5. Pengerusi Clove Star International 6. Pengarah Seloga International (Anak syarikat Seloga BHD) 7. Pengarah Denia Development (Anak syarikat Seloga BHD) 8. Penasihat kepada Silverlake iaitu penyedia perkhidmatan Perbankan Utama dan Perbankan Islam terbesar di Asia Timur. 9. Pengarah Gllobal Impact, System Integrator untuk syarikat Silverlake. 10. Penasihat SAS-business, Intelligence, analytics, forecasting, risk management 11. Pengarah DataMicron, Business Intelligence Solutions. 12. Penasihat Penril - Penyedia Perkhidmatan Perbankan Internet termasuk Maybank2U dan Kuwait Finance House. 13. Penasihat Firium, Pengurusan Hartanah untuk Perbankan Islam dan Konvensional. Beliau merupakan salah seorang Ahli Pemegang Amanah Yayasan Pengaman Malaysia. |
![]() |














