Tan Sri Mohd Jamil Johari

Ahli Lembaga Pemegang Amanah 

Tan Sri Dato' Seri Mohd Jamil Bin Johari berkhidmat sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif dalam barisan Lembaga Pengarah Dolomite Corp Bhd. Beliau telah dilantik pada  25 Julai 2005.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dan Diploma Pendidikan daripada Universiti Malaya. Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Sains Politik, Universiti Washington, Seattle, Washington, Amerika Syarikat. 

Beliau memulakan kerjaya dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia sebagai Cif  Inspektor pada Januari 1971 dan bersara sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada tahun 2002. Selepas bersara dari pasukan PDRM,  beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam sehingga Julai 2004. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Audit dan Jawatankuasa Pencalonan Negara.

Beliau merupakan salah seorang Ahli Pemegang Amanah Yayasan Pengaman Malaysia.

BULETIN YAYASAN PENGAMAN MALAYSIA