Dato' Wira Ayub Yaakob

Ahli Lembaga Pemegang Amanah 

Yang Berbahagia Dato' Wira Ayub Yaakob merupakan mantan  Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti. Beliau dilahirkan pada 23 Ogos 1954 di Batang Kali Selangor. Beliau telah menyertai PDRM pada Pada 1 Oktober 1977 dan berpangkat Inspektor dan telah mencurah bakti didalam pasukan PDRM selama 37 tahun.

Semasa didalam pasukan, beliau juga memegang jawatan-jawatan penting lain seperti Pegawai Latihan PDRM, Pegawai Pembangunan KDN, Ketua Penolong Pengarah Logistik Pembangunan, Timbalan Ketua JSJ Negeri Sembilan, Juruiring SPB YDP Agong, Komandan PULAPOL, Ketua Polis Melaka, Ketua Polis Terengganu, Ketua Polis Pulau Pinang, dan Pengerusi Sekretariat NKRA PDRM.

Didalam tempoh perkhidmatan, beliau telah mengikuti pelbagai kursus kepolisan bagi memantapkan lagi mutu perkhidmatannya.Diantara kursus yang telah diikuti oleh beliau termasuklah kursus kepolisan di dalam negeri, mengikuti International Leadership di Wolfson College.

Beliau adalah salah seorang dari Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pengaman Malaysia

 

BULETIN YAYASAN PENGAMAN MALAYSIA