Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz

Bendahari

Tan Sri Mohd Najib Bin Abdul Aziz ialah mantan Timbalan Ketua Polis Negara. Beliau menjawat jawatan tersebut dari 28 September 2006 sehingga 12 November 2007. Dilahirkan di Sabak Bernam Selangor pada 13 November  1950 dan mula berkhidmat dengan Polis pada 11 November  1969. Semasa beliau berkhidmat dengan PDRM beliau telah  menimba banyak pengalaman dalam bidang keselamatan, terutama penyiasatan jenayah, penyiasatan  dadah, penyiasatan trafik, termasuk perancangan keselamatan dalam negeri, pencegahan jenayah dan ketenteraman awam.

Berkelulusan B.Soc.Sc (Hons) Universiti Sains Malaysia dengan pengkhususan dalam bidang Sains Politik dan minor dalam bidang Ekonomi. Selain itu beliau juga mempunyai Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang  Sains Pengurusan. Beliau telah menghadiri banyak kursus dan persidangan antarabangsa  serta seminar di luar negara tentang "Narcotics Control and Prevention" iaitu di Tokyo Jepun; Isfahan Iran; Washington D.C New York, Los Angeles  dan Maryland USA; Santiago Chile; Montreal Canada; Perth Australia dan negara-negara ASEAN iaitu Thailand, Brunei, Philippine, Singapore, Loas dan Indonesia.

Semasa berkhidmat dengan PDRM beliau telah menjawat penting seperti :

1. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (PJSJN).

2. Timbalan Pengarah  Risikan/ Operasi JSJN.

3. Ketua Polis Negeri Kelantan.

4. Ketua Polis Daerah Manjung, Perak

5. Pegawai Penyelidik & Perancangan Jabatan , Kongsi Gelap, Maksiat, Judi, Dadah,     Trafik.

Sepanjang perkhidmatannya dengan PDRM beliau telah dianugerahi perlbagai pingat dan bintang bagi meghargai jasa-jasa dan pengorbanannya kepada negara. Bintang-bintang tersebut ialah seperti berikut :

Persekutuan 

1. Panglima Setia Mahkota (PSM).

2. Johan Mangku Negara (JMN).

3. Johan Setia Mahkota (JSM).

Negeri

1. Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS).

2. Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) P.Pinang - Bergelar Dato'.

3. Paduka Mahkota Perak.

PDRM (DYMM Yang DiPertuan Agong).

1. Panglima Gagah Pasukan Polis.

2 Panglima Setia Pasukan Polis.

Kini beliau merupakan Pengerusi Eksekutif Syarikat Manjung Arms (M) Sdn. BHD. semenjak 11 Mac 2008; Pengerusi Eksekutif Top Security (M) Sdn Bhd; Pengerusi Commercial Circle (M) Sdn Bhd; Beliau juga merupakan Timbalan yang diPertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) semenjak 14 Jun 2009 bagi sesi 2009-2012 dan Pengerusi Jawatankuasa Famili Hatianda Seksyen 7 Shah Alam Selangor mulai  tahun 2008.

Beliau adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pengaman Malaysia.

BULETIN YAYASAN PENGAMAN MALAYSIA