Dato' Wee Beng GeeAhli Lembaga Pemegang AmanahYang Berbahagia Dato' Wee Beng Gee dilahirkan di Tumpat, Kelantan pada 31 Ogos 1951. Telah menyertai PDRM pada 11 November 1969 .Telah berkhidmat selama 38 tahun dan bersara wajib pada 31 Ogos 2007. Jawatan penting yang pernah disandang semasa bertugas di dalam PDRM adalah seperti berikut :- 1. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman – 2006 sehingga 2007. 2. Penolong Pengarah Jabatan Siatan Jenayah & Narkotik Bukit Aman – 2003 sehingga 2006. 3. Ketua Polis Daerah Batang Padang Perak dari 2001 sehingga 2003. 4. Timbalan Ketua Polis Daerah Kampar – 2000 sehingga 2001. 5. Ketua Bahagian Risikan Pejabat Jana Kuasa Wilayah Sempadan Thailand – 1996 sehingga 2000. 6. Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam – 1992 sehingga 1996. 7. Pegawai Cawangan Khas di Pejabat Kawasan Wilayah Sempadan Thailand di Songkhla – 1972 sehingga 1978.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau telah menjalani pelbagai kursus kepolisan di dalam dan luar negara :- 1. ASEANPOL Drug Enforcement Chiangmai, Thailand pada 1983. 2. Federal Law Enforcement USA pada 1984. Sebagai penghargaan dan jaasa kepada negara YBhg Dato Wee Beng Gee telah anugerahkan Dato' Setia DiRaja Kedah (DSDK) dari DYMM Sultan Kedah pada tahun 2007. Beliau merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pengaman Malaysia dan juga memiliki Diploma Sains Polis (DPS) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). |
![]() |














