Dato Kamaruddin Mat Desa

Ahli Lembaga Pemegang Amanah 

Dato Kamaruddin Bin Mat Desa dilahirkan pada 8 Januari 1951 di Kedah. Beliau menyertai PDRM pada 1 Januari 1968. Berkhidmat selama 39 tahun dan bersara wajib pada 8 Januari 2007. 

Antara jawatan penting yang disandang oleh beliau semasa berkhidmat dengan PDRM adalah ;

1. Platun Komander Pasukan Polis Hutan

2. Ketua Polis Daerah Kecil Sabak Bernam

3. Inspektor Kawasan Sepang 

4. Ketua Cawangan Trafik Selangor

5. Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields 

6. Pegawai Turus Pentadbiran JSJ Selangor

7. Setiausaha Polis Malaysia Bukit Aman

8. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur

9. Timbalan Ketua Polis Terengganu

10. Timbalan Pengarah JSJ Komersila Bukit Aman 

Beliau telah mengikuti kursus kepolisan di dalam negeri, mengikuti pengajian luar Kampus di Universiti Teknologi Mara dalam Bidang Undang-undang, mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa, merupakan Peguambela & Peguancara Mahkamah Tinggi Malaya.

Beliau juga telah menyertai delegasi Malaysia ke UN Criminal Justice System, Vienna, lawatan sambil belajar ke USA (Langley), serta lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat FBI,USA.

Beliau adalah salah seorang dari Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pengaman Malaysia.

 

 

 

 

BULETIN YAYASAN PENGAMAN MALAYSIA