Dato' Robiah Abdul GhaniKetua EksekutifYang Berbahagia Dato' Robiah Binti Abdul Ghani merupakan mantan Pengarah Pengurusan PDRM. Beliau merupakan wanita pertama memegang jawatan-jawatan penting didalam pasukan. Beliau dilahirkan di Kg. Baru Kuala Lumpur pada 2 September 1953. Beliau mula berkhidmat pada 15 Disember 1971 dan telah mencurah bakti didalam pasukan PDRM selama 39 tahun. Semasa didalam pasukan, beliau juga memegang jawatan-jawatan penting lain seperti Penolong Pengarah JSJ D6 (Bantuan Teknik), Penolong Pengarah JSJ D9 (Siasatan Jenayah),Penolong Pengarah Hal Ehwal Awam PDRM, Timbalaan Ketua Urusetia (Tatatertib PDRM Bukit Aman), Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Timbalan Ketua Polis Pahang dan Ketua Polis Pahang. Didalam tempoh perkhidmatan, beliau telah mengikuti pelbagai kursus kepolisan bagi memantapkan lagi mutu perkhidmatannya.Diantara kursus yang telah diikuti oleh beliau termasuklah Kursus Kepolisan dan Pencegahan Jenayah di JICA, Osaka, Tokyo,Jepun, Interpol Lyons, France, Australian Institute of Police Management Sydney, Australia. Beliau juga seorang yang aktif dan gemar kepada sukan golf. Beliau adalah Ketua Eksekutif Yayasan Pengaman Malaysia.
|
![]() |














