Azura Izham

Pengurus Besar

Kecenderungan dan minat yang mendalam dalam bidang perundangan sejak kecil mendorong beliau melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di salah sebuah instutusi terkemuka dan berprestij iaitu   Universiti Huddersfield di United Kingdom dan memperoleh Sarjana Muda Perundangan (Kepujian) pada 1996.

Setelah menamatkan pengajian dan meneruskan amalan guaman di Malaysia, sebaliknya beliau telah membuat keputusan  untuk menceburi bidang pendidikan dengan jalinan kerjasama strategik dengan kerjasama beberapa institusi pengajian tinggi  termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan lain-lain.

Beliau telah berkhidmat dengan Majlis Amanah Rakyat atau Mara Inc di Bahagian Pelajaran menengah dan kemudiannya di Pejabat Ketua Pengarah.

Beliau kemudiannya menyertai industri minyak dan gas sebagai Pengarah Komunikasi di Buraq Oil. Hasil dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan oleh beliau, Buraq Oil telah berjaya merealisasikan pertumbuhan dan perluasan,  jaringan perniagaan pembekalan dan perkhidmatan pengedaran minyak dan gas terutamanya di kawasan luar bandar di seluruh Malaysia.

Bersandarkan pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan serta urus tadbir korporat, beliau telah menyertai Yayasan Pengaman Malaysia dalam urus tadbir  operasi yayasan disamping menguruskan khidmat pengurusan sokongan kepada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah  Yayasan Pengaman Malaysia berjalan dengan lancar.

Beliau menyandang jawatan Pengurus Besar di Yayasan Pengaman Malaysia.

 

BULETIN YAYASAN PENGAMAN MALAYSIA